Berdasarkan pengamatan selama beberapa hari di Hat Yai, kesimpulannya Hat Yai sesuai untuk percutian berkonsepkan Fun, shopping & Food. kalau bercakap soal tempat-tempat menarik, Hat Yai memang agak kurang dari segi itu kalau ada pun lebih kepada rumah ibadat (Buddha) atau mungkin kena keluar dari Hat Yai, ke Songkhla misalnya ada la sedikit tarikan (tempat paling sesuai untuk kawin kali kedua bagi org Malaysia yg x dapat restu isteri pertama)hahahaha..
so, disini aku listkan beberapa tarikan yang wajib buat bila pegi Hat Yai/Hadnyai
1. Market
Di Hat Yai ni terdapat banyak market, night market la, floating market, Kimyong Market. Tetapi Market2 ni hampir menjual benda yang sama. Baju-baju, seluar dari luar sampai yang dalam haha pendek kata macam-macam ada n paling best bab makanan. Bagi yang Muslim memang tak susah cari makan kat Hat Yai, Jalan2 sekitar bandar pun boleh kenyang apa lagi bila pegi tempat seperti Night Market or Floating Market. Tapi Kami x sempat pegi Floating Market sbb ia hanya dibuka hujung minggu sahaja.
2. Hiburan
Kalau pegi Hat Yai rugi besar kalo tidak merasai tarikan hiburannya. Kalau di KK memang kita sudah biasa dengan Night Club, Pub n Bar. Tetapi di Hat Yai hiburannya lain sedikit kerana kita disajikan dengan pertunjukan erotik. Kalau penari membuat tarian erotik tetapi masih menutup sedikit atau 0.1% tubuh badannya, orang Thailand panggil itu sexy show (selama ni aku fikir itu Tiger Show). Tapi kalau persembahan itu tanpa pakaian then that what they call Tiger Show. Sebenarnya kami tidak pun merancang berkunjung ke tempat ni. Tapi perkenalan dengan Arun (driver yang bawa kami jalan2 sekitar Songkhla) yang ofer kami semua ni. Last2 ter'pegi' juga. Dua malam berturut-turut kami mengujungi show-show yang ada di Hat Yai ni. Malam 1st tu Kami pegi Cabret Show. Cabret Show ni macam persembahan berbentuk kebudayaan. Yang buat persembahan tu 100% LadyBoy (kami konfius juga, lelaki atau perempuan sbb mmg ada yg body mengalahkan pompuan).
Cabaret show ni persembahan kebudayaan jek..tp yang bestnya
ada pula lagu Noranizah idris jadi muzik latar dorg
yang baju purple tu kejanya mintak Tips..hinssss!!
Kat Hotel Pink Lady tempat kami stay tu pun ada show tiap malam. Tapi sexy show saja la. Kalau mau booking Lady2 yang wat show tu kena kalungkan bunga kat leher masa dia wat persembahan pas tu bleh la ajak minum (kami memerhati jek..hehe xda maknanya). Then yang paling erotik tiger show tu la. Persembahannya memang 18sx. Tapi lucu pun ada juga, boleh2 dia letupkan mercun di 'anu'nya. Yang lelaki pulak pukul drum guna 'anu'nya tu..haha!! yang selebihnya xdpt cerita nt ada yang muntah..haha!!
3.Food
Kalau pegi Thailand (Hat Yai) memang rugi kalau x makan Tom Yam. Tom Yam kat Thailand memang berbeza rasanya dengan Tom Yam yang aku selalu makan di KK/Sabah. Rasanya mmg sedap, asli. Jadi sepanjang kami di Hat Yai ni memang Tom Yam menjadi menu wajib kami, x kira kami makan di retoran atau gerai-gerai tepi jalan, Tom Yam memang wajib oder hehe.. Masa kat Hat Yai memang x sempat lapar kami dah kekenyangan, ada masa tu kami balik ke Hotel untuk mengosongkan perut then turun semula cari makan hahaha(masa ni falsafah kami hidup untuk makan). Banyak menu yang kami try dan hasilnya memang tidak menghampakan semua sedap dan ngam dengan selera kami. Nyum..nyum..nyumm!!! Menu febret kami, selain Tomyam, Telur dadar masak asam pedas (telur dadar+udang masak asam pedas)..yang ni memang perggghhhhhh!!!
Makan di tepi pantai area Sogkhla
Restoran Salma semua sedap-sedap
Yang ni aku ambil gambar ja,nyummmmm!!
Kami yang tak penah cukup makan, dah makan
take away lagi bw balik Hotel..Hasilnya...
dan kami Tidur sambil makan or makan sampai tertidur..haha
4. Thai Massage/Spa
Ok bagi yang suka aktiviti urut mengurut ni, ni la peluang untuk mendapatkan perkhidmatan urut dengan kadar yang sangat murah. Kalau di KK, paling murah pun urutan satu badan dalam sejam RM50. Tapi di Hat Yai dengan bayaran RM30 @ THB300 bleh dapat khidmat urutan hampir dua jam, boleh request ke bilik pulak tu. Hurmmm..itu pun sebab kami panggil dah tengah malam, kalo siang-siang or pegi pusat@rumah urut tu sendiri mesti lagi murah. Tapi memang puas hati la..aku sampai tertidur2 sebab terlampau syok kena urut. Cuma, yalah ada orang kata Thai Massage ni ganas..itu memang diakui la. Silap-silap haribulan buleh patah riuk..hahaha.Pusat mengurut memang senang dapat, apa tidak selang dua tiga kedai ada rumah@pusat urut. So, no wonder la murah, persaingan dorang sangat sengit.
masing-masing pose dengan massager memasing..haha
Selain Thai Massage, perkhidmatan SPA pun memang aktiviti wajib (must do). Bukan senang dapat khidmat spa yang berkualiti n murah ni. Yang bestnya, ada free transport lagi dia ambil di Hotel (part jemput di Hotel ni kami ada kejadian lucu sebab tersilap kereta~Yalah kami manalah faham Abjad Thai tu~kalau di Malaysia, KK misalnya ada abjad SA/SAA/SAB yang membezakan sesebuah kereta walaupun nombor sama) Dijadikan cerita, kami diminta menunggu depan 7E berdekatan Hotel Pink Lady (kebetulan 7E ni berlambak kat Hat Yai~yg berdekatan Hotel ada dua) Kereta yang berdasarkan no flat si pemilik SPA bagi ngan kami tu dah dua kali melintas tapi x pandang or singgah pun kami. Last2 tu dia berenti x jauh, akulah yang paling laju mengejar n terus buka pintu kereta then aku cakapla..'SPA?', driver tu cam terkejut. Datang pula polis(kat Thailand memang banyak polis yang jaga lalulintas ni), aku bagitau yang konon kami sepatutnya dijemput driver keta tu, flat no dah sama. Bila dia cakap ngn driver tu cakap 'No sepaaaa...No Sepaaa...Wedingggg..wedinggggg'. Rupanya dia kena jemput orang kawin. Hahahaha..last2 bila kol pemilik spa tu semula dia tunggu kat depan 7E yang satu lagi. Adoiiii...
Kereta yang menjemput kami d hotel n menu kat spa
sangat OK..masing2 tayang kulit after spa RM100 je or THB1000
Aroma Teraphy Massage+Body Scrub n satu lagi aku lupa..haha
5. Aku fikir dulu n kalau rajin laaa..hahaha













0 comments:
Post a Comment